Thursday, December 11, 2008

AIR SEMBAHYANG



1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'.
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'.
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini'.
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab - hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab - hisab ku di tangan kiri ku ini'.
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik> matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'.
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini.
Penjelasan nombor 6 : Hari - hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim'.
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

SELAWAT KE ATAS NABI SAW

Anak2ku marilah kita sama-sama perbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW, sesungguhnya banyak kelebihan yang Allah SWT berikan kepada sesiapa sahaja yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Antaranya :

1. Memperolehi limpah rahmat dari Allah
2. Ditulis sepuluh kebajikan
3. Dihapuskan sepuluh kesalahan
4. Diangkat sepuluh darjat
5. Memperolehi kesempurnaan iman
6. Menjauhi dari kerugian dan penyesalan
7. Tergolong sebagai orang-orang yang soleh
8. Mendekatkan diri kepada Allah SWT
9. Memperoleh syafaat Nabi SAW
10.Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi SAW
11.Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki
12.Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa
13.Menghapuskan dosa dan menutupkan aib
14.Terselamat dari kebingungan di hari kiamat
15.Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu (orang miskin pun boleh dapat pahala sedekah)
16.Terhindar dari kefakiran
17.Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Muhammad SAW
18.Memperolehi keberkatan dalam hidup
19.Terhindar dari orang-orang bakhil
20.Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah SWT
21.Memudahkan jalan bagi memasuki syurga
22.Menjadi zakat dan pembersih diri
23.Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat
24.Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit
25.Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah
26.Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati
27.Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi
28.Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar
29.Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Siratul Mustaqim di akhirat
30.Terkabul segala hajat dan cita-cita

Rasullullah S.A.W. telah bersabda :

Malaikat Jibrail A.S, Mikail A.S, Israfil A.S dan Izrail A.S. telah berkata padaku

Berkata Jibrail A.S : "wahai rasul, barang siapa yg membaca Selawat keatasmu tiap2 hari sebanyak 10kali, maka akan aku bimbing tangannya & akan aku bawa dia melintasi Titian Siratul Mustaqiim spt kilat menyambar"

Mikail A.S berkata : "Mereka yg berselawat keatas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu"

Israfil A.S : "Mereka yg berselawat kepadamu akan aku sujud kpd Allah S.W.T.dan aku tak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu"

berkata israil A.S : "bagi mereka yg berselawat ke atasmu akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut2nya spt aku mencabut ruh para nabi nabi"

MUDAH-MUDAHAN KITA MENJADI ORG KESAYANGAN ALLAH S.W.T, RASUL2 & PARA MALAIKAT
INSYA ALLAH

Wednesday, February 21, 2007

Gambar Keluargaku



Gambar diambil pada pagi Hari Raya Aidilfitri 2006.

Hantar Kakak ke MRSM Kuala Terengganu

Pada 20 Februari 2007 (Selasa), bertolak jam 12.00 tgh ke Kuala Terengganu, sampai di Sutra Beach Resort Merang pada jam 1.50 ptg, ... RM160 standard room. Kakak, Kak Irin dan Syamil mandi kolam pada sebelah petangnya.
Pada 21 Februari 2007 (Rabu) jam 7.30 Syamil dan Kak Irin breakfast. Jam 8.00 pagi check-out dan terus ke MRSM Kuala Tereangganu. Pendaftaran - beli pakaian sekolah di koperasi - daftar di Asrama Ummu Salmah di bilik 01-02 ..... satu bilik 4 orang. Kemudian jam 11.00 pagi taklimat pentadbir, jam 12.00 tgh perjumpaan dengan Homeroom En. Mohd Nor Azizi bin Darus. Jam 1.50 ptg kami bertolah balik ke Tanah Merah. Selamat tinggal Kakak. Jaga diri. Sampai rumah jam 4.00 ptg.

Sunday, February 18, 2007

Amira Syakirin

Kak irin, tahun ini merupakan tahun paling penting kerana UPSR 2007 sedang menanti. Semoga anakku dapat menghadapinya dengan penuh keyakinan agar 5A dalam gengaman, kerana kejayaan Kak Irin nanti akan menjadi kebanggaan Papa dan Ibu. Cha yo! Cha Yo!

Amira Husna

Kakak, ketahuilah bahawa Papa dan Ibu sangat berbangga dengan kejayaanmu. 5A UPSR 2006. Semoga kejayaanmu itu akan menjadi pendorong kepada adik-adikmu untuk mengikuti jejak langkahmu. Tahniah, Papa dan Ibu ucapkan.

Friday, November 24, 2006